MEnCari RedhA Allah


Friday, 18 February 2011

Cara masak Blueberry Cheese Tart..


Those yg suka mkn ni leh la amik resepi ni..sy sgt suka mkn ni..huhu..yum2..
ni web dia kalau nak bnyk lg resipi yg urmmmm sedap..

Bahan-bahan ( 10 biji )

Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling
Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas.

Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat cheese filling:

-pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy.
Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.

Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.



2 comments:

  1. tidak suke memasak! tp nmpk cm sedap jek..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..takpe la..try la..nak buat tapi takde masa..skrg tgh LI tunggu la lps2 ni..
    kalu nak sgt2 pg bli kat kdai kek..huhuhu

    ReplyDelete