MEnCari RedhA Allah


Monday, 21 February 2011

RESIPI ROTI KENTANG



kat sini ada resipi roti kentang..sumber diambil dr Myresipi.com..teringin nak cuba..smlm nak buat tapi bahan tak cukup..insyaAllah kalau xde aral ari ahad ni buat..wah..tak sbar nye nak mencuba resipi ni..mmg menjadi kegemaran kalau keluar mesti bli roti ni..
nampak sedap kan..yum2 yUmmy
ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
Sumber : Onigiri@meresipi.com

Bahan-bahan:

300gm tepung berprotein tinggi
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....

CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:

1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega

Cara-cara:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

No comments:

Post a Comment